27 Julai 2011

Alahai LINUS


Musim berlalu sebulan rasa macam sehari sedar tak sedar dah nak masuk bulan lapan. Dah lama tak menulis kat sini rupanya. Hemmm... o.klah rasa nak coret sikit2( walaupun kerja tgh menimbun). Seperti biasa kalau dah nak masuk bulan lapan tu mesti seluruh guru-guru bertambah debarnya. Debaran bagi murid-murid dan guru-guru sekolah rendah sekarang tertumpu kepada 2 perkara utama, pertama UPSR yang tinggal sebulan lebih je dan yang kedua LINUS. Dua perkara inilah yang sering menghantui guru-guru kerana prestasi murid-murid diukur dan disaring walaupun kaedah penilaiannya berbeza. Aku pun terlibat samalah mengajar murid LINUS ni ,walaupun berat terasa juga mahu sahut cabaran. Kadangkala tu rasa tak mampu dah, maklumlah bukan senang nak mengajar murid yang lemah ni, kesabaran dan kegigihan memang ditagih.

Apa yang menjadi persoalannya adalah berkaitan dengan ujian saringan yang dijalankan terhadap murid LINUS ni. Murid diuji menggunakan satu instrumen yang sama seluruh negara, walhal pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku berbeza antara setiap sekolah. Murid disekolah orang asli terutamanya agak lambat sedikit dari SK biasa, jika guru-guru matematik di SK orang asli ini masih mengajar tajuk darab tetapi ujian saringan terdapat juga tajuk bahagi. Apakah sesuai ujian saringan ini dilaksanakan? Mungkin juga guru-guru ini terpaksa mengajar dulu bentuk soalan tersebut sebelum murid menjawab? Aku dalam kebingungan.... wassalam.


3 ulasan:

cikgu isza berkata...

kena tabah.. inysaallah.. hasilnya terserlah juga..

tarantula berkata...

Mmg la cikgu.. Kalau x sabar dh lama cabut.. Hihi

PERPUSTAKAAN SKKT berkata...

saya baru pas key in data linus kat NKRA..ada peningkatan la jugak... tahniah kpd guru2 linus...anda mmg 'superb'

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Jom Tengok Kelajuan Web/ Blog Anda

Your domain(s): Taipkan Alamat web/blog Anda di sini (Maximum 10)
 
(eg. tarantula1886.blogspot.com)    
 

Powered by iWEBTOOL