Bicara Seorang Guru

Berfikir Mencari Kebenaran...Gunakan Mata Akal Bukan Dengan Mata Hati Yang Beku

Wajar diubah

Study dalam banjir (Gambar Berita Harian)

Melihat kepada riak anak-anak ini, seperti tiada apa yang menggusarkan mereka. Walhal apa yang mereka akan hadapi ialah satu ujian bakal menentukan masa depan yang akan mereka tempuhi. Bila dilihat di tv kesukaran anak-anak ini menghadapi peperiksaan vs banjir, mengingatkan pula mereka yang duduk di kota raya senang lenang ke sekolah driver yang hantar pula, pasti ketidak adilan telah terjadi di sini. Anak ini mengharungi situasi yang sukar, kehidupan di asrama pula tidak selesa, kena mengharungi banjir untuk ke dewan peperiksaan dan lebih tidak selesanya bila terpaksa menjawab soalan dalam keadaan basah!! Kasihan mereka ini... Apakah tidak ada jalan penyelesaian yang wajar diambil untuk sama-sama kita fikirkan kaedah yang sesuai bagi mengelak perkara ini berulang hampir setiap tahun. Apakah tidak boleh peperiksaan SPM dan STPM dibuat pada bulan yang lain, contohnya september dan oktober? Wahai sang pemikir, fikirlah kaedah yang sesuai lagi bijaksana, agar perkara ini tidak kita lihat lagi di tv dan surat khabar pada setiap akhir tahun. Pastikan mereka ini mendapat keselesaan seperti rakan-rakan mereka di Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor Bahru !!

Koi di RBR


Bermula 16-18/11/09 koi berada di Rompin Beach Resort(RBR) kerana menghadiri Kursus Pemantapan Pengurusan Sekolah GPK Pentadbiran. Difahamkan banyak aspek pengurusan akan didedahkan kepada kami di sini. Sepanjang 4 tahun memegang jawatan ini, pertama kali koi didedahkan dengan rutin kerja yang sepatutnya koi buat di sekolah. Slot pertama pada 17/11/09 menerangkan aspek Pengurusan Strategik oleh Dr Shukri bin Zin dari UPSI. Banyak ilmu yang didedahkan termasuk aspek perundangan yang harus diambil kira di dalam menjalankan tugas. Bila dengar ceramah darinya membuat koi termenung memikirkan tanggungjawab yang tidak dilaksanakan dan gerun bila diselitkan kes-kes saman menyaman antara ibubapa,guru dan Guru Besar/Pengetua di seluruh Malaysia. Dapat ilmu di sini bermakna ada banyak tugas yang perlu dilunaskan. Semangat 2010 kini sudah bermula !!!!

Konvokesyen


Pada hari Ahad yang lalu, tercatatlah satu detik penting dalam hidup ku. Setelah mengharungi susah payah, akhirnya berjaya juga ku menerima segulung ijazah yang diidamkan selama ini. Walaupun memperolehinya dalam seusia begini, tapi itulah ketentuanNya. Konvokesyen itu telah berlangsung di PWTC dan merupakan konvokesyen ke7 OUM. Aku menghadiri sidang ke 3 bermula pukul 8.00 hingga 12 tgh. Walaupun aku bukanlah pelajar cemerlang, namun bersyukur di atas apa yang aku perolehi. Terima kasih pada orang tersayang yang sentiasa memberi sokongan dan bersabar selama 4 tahun. Tanpa sokongan ini tak mungkin aku dapat menamatkan pengajian BEMATH ini.

Sekolah Satu Aliran- Antara Keperluan dan Kekangan

BANTAHAN tiga daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC dan Gerakan terhadap cadangan sekolah satu aliran memperlihatkan mentaliti perkauman di negara ini. Dalam perspektif lain, Perdana Menteri menyatakan bahawa sistem pendidikan satu aliran sebenarnya telah pun diamalkan tetapi kebanyakan daripada kita tidak faham peranan sistem sekolah kebangsaan.

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, semasa kerajaan membentuk sistem sekolah kebangsaan dahulu, sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah pun ada. Kerajaan memberi bantuan kepada sekolah aliran tersebut dengan harapan pada akhirnya murid-murid dari sekolah itu kelak menyertai sekolah kebangsaan. Tetapi sehingga kini nampaknya orang Cina dan India tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan Islam. Sikap dan fahaman agama yang terlalu kuat juga menakutkan bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. Lalu apa yang berlaku dalam sistem persekolahan sekarang adalah faktor sikap perkauman yang masih menebal di kalangan masyarakat.

Sebab itu bagi parti-parti tersebut, antara isu pergaduhan di Jalan Klang Lama dengan isu sekolah satu aliran adalah berbeza. Malah Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menganggap sistem pendidikan yang membenarkan kewujudan sekolah yang berbeza-beza aliran berdasarkan kaum yang sedia ada sudah dapat memenuhi hasrat semua kaum. Ketika sebahagian orang Melayu nampaknya bersetuju diwujudkan sekolah satu aliran, Gerakan pula mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad supaya tidak termakan dengan cara pemikiran Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew mengenai kelemahan sistem pendidikan negara untuk menjamin perpaduan antara kaum. Tetapi mereka lupa bahawa Lee Kuan Yew adalah seorang Cina, dan beliau melihat ada halangan dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan kaum.

Nada dan reaksi pemimpin parti yang mewakili masyarakat Cina dan India ini nampaknya lebih menjurus kepada sikap perkauman dan bukan untuk membina satu bangsa Malaysia yang dilaung-laungkan oleh mereka sendiri. Sekiranya reaksi mereka dijadikan landasan, maka tersangat jelas bahawa mereka sebagai pemimpin turut memainkan peranan yang besar dalam menguat dan memperkukuhkan lagi syak wasangka antara kaum di negara ini. Bukan itu sahaja, dengan mempersoal dan mempertikai cadangan sekolah satu aliran, para pemimpin politik yang mewakili kedua-dua kaum itu meragui keikhlasan dan kejujuran kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum sedangkan mereka juga turut menjadi anggota pentingnya.

Atau mungkinkah bantahan yang dikemukakan sebenarnya hanya untuk menjaga kedudukan mereka sebagai pemimpin politik masyarakat masing-masing? Kita harap tidak. Selagi para pemimpin kaum terus bersikap mementingkan kaum demi masa depan dan populariti politik masing-masing, selagi itulah usaha perpaduan kaum hanya bersifat kosmetik. Sesungguhnya, mana-mana negara pun mahu menyatupadukan rakyatnya, kerana perpaduan adalah asas bagi menjamin kestabilan sosial, ekonomi dan politik. Untuk ini, sistem pendidikan negara perlu dimanfaatkan untuk mencorak masa depan bagi melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu.

Sekolah satu aliran tidak akan membawa apa-apa masalah dan tidak mungkin mendatangkan akibat yang negatif, sebaliknya dari satu sudut ia akan membantu mewujudkan hubungan harmoni antara kaum. Mereka yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini adalah mereka yang tidak mengutamakan cita-cita dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu.

Berdasarkan pengalaman pada masa-masa lalu, isu dalam sistem pendidikan yang melibatkan kaum amat sensitif. Pada tahun-tahun 80-an kuasa Menteri Pendidikan yang membenarkannya memansuhkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina ataupun Tamil sudah dihapuskan. Kes sekolah SRJK di Damansara pula menggambarkan suasana tidak harmoni dalam hubungan antara kaum apabila segelintir ibu bapa menentang usaha pihak Kementerian Pendidikan hendak memindah murid ke sekolah yang baru.

Sebelum ini pun terdapat pihak yang menentang dan membantah penubuhan Sekolah Wawasan dan meminta pihak kerajaan menarik balik cadangan membina sekolah itu di Subang Jaya, Selangor dan Johor Jaya, Johor. Alasan mereka menolak Sekolah Wawasan kerana bimbang penggunaan bahasa Cina akan dihapuskan manakala sekolah itu juga dilihat tidak boleh menyatupadukan kaum.

Memang jelas semua kaum hidup dalam suasana harmoni tetapi itu di permukaan sahaja, sedangkan hakikat sebenar ialah wujud perasaan tidak puas hati dan curiga-mencurigai. Sebab itulah pentingnya, seperti yang dicadangkan oleh ahli akademik dan tokoh pendidikan negara supaya Kementerian Pendidikan mewujudkan sekolah satu aliran. Matlamat atau agendanya adalah satu iaitu perpaduan kaum. Menurut tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Wahid, sekolah satu aliran sepatutnya dilaksanakan sebelum merdeka lagi seperti yang dicadangkan 48 tahun lalu oleh Allahyarham Aminuddin Baki yang menjadi Penasihat Pelajaran Negara.

Ainuddin menjelaskan, cadangan Aminuddin itu kerana beliau telah menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul di kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan. ``Jangkaan beliau itu betul dan kita lihat apa yang berlaku sekarang. Jika kita bertegas dari dulu dan semua kaum sanggup berkorban untuk belajar di satu sekolah mungkin soal permusuhan antara kaum tidak terjadi,'' katanya. Ada pemerhati berpendapat bahawa konsep Sekolah Wawasan yang dicadangkan sebenarnya bukan jawapan kepada keharmonian kaum. Jaminan bahawa kerajaan tidak akan memaksa mana-mana sekolah menerima Sekolah Wawasan, tidak akan menghapuskan identiti dan bahasa Cina atau Tamil dan tidak akan menutup sekolah kedua-dua aliran itu apabila konsep Sekolah Wawasan dilaksanakan, belum tentu dapat memastikan perpaduan kaum akan terjalin di kalangan semua murid.

Ini kerana dalam konsep tersebut, pengasingan murid antara kaum mengikut aliran jenis sekolah masih berlaku. Mereka hanya berkongsi padang dan kemudahan dalam satu kawasan sekolah, sedangkan sistem pendidikannya masih kekal mengikut aliran masing-masing misalnya Melayu, Cina dan India. Perpaduan kaum tidak mampu dicapai hanya di padang sekolah. Tidak munasabah jika hanya dengan bermain bola sepak atau hoki di padang, perpaduan dapat dicapai.

Di samping itu apabila Sekolah Wawasan ditubuhkan maka sekolah aliran Cina dan Tamil pula perlu dilayan sama rata dengan sekolah aliran kebangsaan. Jika ia tidak dilayan, maka akan timbul prasangka terhadap satu sama lain. Untuk membuang sikap yang sudah berakar umbi selama tujuh tahun sebelum memasuki sekolah bukanlah satu tugas yang mudah. Tetapi untuk hidup bersama dalam sebuah negara dan akhirnya membina diri menjadi satu bangsa yang tidak lagi dikenali mengikut kumpulan kaum, masyarakat negara ini tidak dapat tidak perlu mengurangkan sikap prasangka, kalaupun tidak menghapuskannya sama sekali.

Inilah yang hendak dicapai melalui konsep sekolah satu aliran. Sekolah ialah tempat terbaik untuk memulakan hubungan integrasi. Apabila kanak-kanak sudah terdedah dan biasa dengan pergaulan antara berbilang kaum di sekolah, mereka tidak lagi mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan dan bermasyarakat. Dalam kehidupan realiti kita sekarang, pergaulan antara kaum hanya terjadi dalam keadaan luaran dan tidak mendalam.

Tembok perkauman mesti diruntuhkan untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Tempat terbaik untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini ialah melalui sekolah satu aliran baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan Sekolah Wawasan. Kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara pada masa depan.

Dalam hal ini, kena pada masanya pihak kementerian memikirkan pula penyesuaian Sekolah Wawasan menerapkan konsep sekolah satu aliran. Kaedahnya tidak berbeza dengan agenda Sekolah Wawasan iaitu bagi menangani perasaan syak wasangka antara kaum daripada merebak dan berbahaya kepada perpaduan negara. Kejayaan negara kita banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama antara kaum yang dapat diwujudkan berasaskan perasaan muhibah dalam kehidupan seharian.

Kita sedar keperluan dan kepentingan Sekolah Wawasan, tetapi ada baiknya jika dikaji juga penubuhan sekolah satu aliran. Hubungan rapuh antara kaum akibat suasana sosial, ekonomi dan politik yang tidak begitu baik boleh menjadi satu bom jangka yang berbahaya.

Oleh:AZMAN ANUAR (WARTAWAN UTUSAN) - Kewajaran satu aliran 20 Mac 2001

Apa yang paling utama

Banyak dugaan yang terpaksa dihadapi oleh manusia dalam menempuh kehidupan di akhir zaman ini. Buka mata sahaja hati dah teringatkan nak buat itu dan ini. Hinggakan ada kelalaian dalam melaksanakan ibadah yang sepatutnya dibuat dengan bersungguh-sungguh. Betul kerja itu satu ibadah, tetapi jangan ianya menjadi yang pertama mengatasi segala-galanya. Lihatlah disekeliling kita, ada ramai manusia yang tekun melakukan kerja tetapi melambatkan waktu bersolat. Buat kerja nak kesempurnaan tetapi dalam soal ibadat ada yang kurang sempurna dan lebih teruk lagi dibuat sambil lewa atau terus ditinggalkan! Jika ketekunan dalam ibadat ini ada maka akan dibawa kepada kesungguhan dalam bekerja. Tahap kesungguhan dalam beribadat ini perlu ditingkatkan supaya menjadi amalan yang berguna sebagai bekal di akhirat nanti. Sekadar renungan dan buat motivasi diri...

Renunganku...

Cuba tengok keliling kita... pergi pulok kat kelas-kelas..hehe macam-macam cara dan kaedah cikgu kita mengajor. Sama ada guna kaedah yang dipelajari kat MP/IP/U ataupun ada juga kaedah lebih mudah iaitu kaedah macam cikgu zaman 60an dulu. Antara teori dan realiti ianya berkait dengan sikap dan iltizam seorang GURU... mana satu kita?


Ada lagi ke cikgu macam ni?

Atau semua guru rajin macam ni...

Blog Widget by LinkWithin

Carian Web

Memuatkan ...

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Bilangan Tetamu

frontpage tracker

Geng Kita

Sembang atau Mesej

Click / Klik TQ

Komen Geng

Test Kelajuan Jari

Internet Speed